Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan, dan pemantauan serta penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<br />Perdana Menteri berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi, serta penganugerahan status MD.
